Keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan, keimanan dan
ketaqwaan kapada Allah SWT. Mereka juga mengamalkan cara hidup berpandukan
al-Quran dan hadis dalam setiap aspek kehidupan.
1. Menjadi
fitrah semula jadi manusia untuk hidup berkeluarga.
2. Pembinaan
sesebuah keluarga bermula dari sebuah perkahwinan.
3. Setiap
manusia hendaklah berusaha mencari pasangan hidup yang sesuai dan beragama bagi
menjamin keharmonian hidup berkeluarga.
4. Oleh
itu, dalam mencari pasangan hidup yang paling utama adalah mengikut panduan yang
dianjurkan oleh Islam.
Sabda Rasulullah SAW,
“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka
hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu
akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan