SELAMAT DATANG KE WADAH PERKONGSIAN PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM

Isnin, 6 April 2020

Pendidikan Anak-anak Menurut Islam

Pendidikan Anak-anak Menurut Islam




       Anak-anak merupakan insan yang mulia. Mereka merupakan insan yang lahir tanpa dosa, suci daripada noda-noda kerosakan dunia. Ibu bapa pula merupakan pembentuk anak-anak sama ada menjadi insan yang berguna pada masa akan datang atau sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” 

                                                  (Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Muslim)


     Dalam Islam, pendidikan adalah amat penting bagi mewujudkan generasi yang sempurna akhlaknya. Individu yang mula-mula terlibat dalam mendidik generasi muda tidak lain tidak bukan ialah ibu bapa itu sendiri.
       Sebenarnya dalam Islam, pendidikan boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Antaranya ialah seperti berikut:


1. Pendidikan Sebelum Pernikahan Berlaku

  
             
             Walaupun perkara ini mungkin dianggap remeh atau tidak penting bagi sesetengah daripada kita, sebenarnya perkara yang berlaku sebelum pernikahan mampu memberi kesan secara tidak langsung terhadap anak-anak yang bakal dilahirkan. Sebenarnya, pemilihan pasangan akan memainkan peranan yang sangat penting kepada masa depan anak-anak. Pasangan yang baik akhlaknya, warak dan beriman akan menyumbang kepada anak-anak yang soleh dan solehah pada masa akan datang.


2. Pendidikan Ketika Masih dalam Kandungan



            Peranan ibu bapa sewaktu anak masih dalam kandungan adalah amat penting. Hal ini demikian kerana ia akan membawa kesan pada anak yang dikandungnya. Antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak walaupun masih di dalam kandungan ialah ibu bapa perlulah sentiasa menjaga makan dan minum terutamanya mengelakkan makanan yang syubhah. Hal ini demikian kerana makanan yang diambil akan menjadi darah daging anak-anak kita. Sekiranya daging yang tumbuh dalam badan anak kita adalah bersumberkan makanan yang haram, bagaimanakah kita boleh mengharapkan mereka untuk untuk mempunyai peribadi yang mulia pada suatu hari nanti? Oleh itu, pemakanan merupakan perkara yang paling penting bagi ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

       Seterusnya, ibu yang mengandungkan anak juga haruslah memperbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran ketika dalam tempoh mengandung. Hal ini demikian kerana Al-Quran mampu menjadi penawar dan mampu mendidik anak-anak walaupun mereka masih lagi dalam bentuk janin. Mengikut kajian sains juga, anak di dalam kandungan mampu mendengar bunyi yang berada di luar. Oleh hal yang demikian, alangkah baiknya jika alunan ayat suci Al-Quran diperdengarkan oleh ibu dan bapa kepada anak mereka. Para ibu amat disarankan untuk membaca surah-surah tertentu yang mampu memberi kesan positif kepada anak-anak di dalam kandungan. Misalnya adalah seperti berikut:

a) Surah Al-Fatihah -Menerangkan hati dan daya ingatan

b) Surah Maryam    - Memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang taat

c) Surah Yusuf        - Agar anak cantik rupa dan elok akhlaknya

d) Surah Luqman    - Memperolehi anak yang cerdik dan terang hati

e) Surah An-Nahl    - Agar anak yang dilahirkan berdisiplin dan rajin
    (ayat 27-28)



3. Pendidikan Apabila Anak Telah Lahir Sehinggalah Mereka Membesar





            Apabila anak telah selamat dilahirkan, maka akan bermulalah fasa baru dalam pendidikan anak-anak. Rasulullah SAW telah menerangkan kaedah dalam mendidik anak-anak bagi ibu bapa iaitu dari usia bayi sehinggalah mereka membesar. Berikut merupakan fasa umur anak-anak dan kaedah pendidikan yang sesuai digunakan berdasarkan saranan Rasulullah SAW.


a) Umur Anak 0-6 Tahun
   
     Pada usia ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Pada usia ini juga, mereka tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar mendidik. Hal ini bertujuan untuk membina hubungan mesra dengan anak-anak dan mendapatkan kepercayaan mereka terhadap diri kita.


b) Umur Anak 7-14 Tahun

      Pada usia ini, anak-anak perlu dididik dengan nilai disiplin dan tanggungjawab. Tanggungjawab yang dimaksudkan ini adalah antaranya tanggungjawab untuk menunaikan ibadah misalnya seperti menunaikan solat. Pada usia ini juga, tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan haruslah diasingkan. Ini bertujuan untuk menjaga pergaulan antara adik beradik berlainan jantina dan mengelakkan berlakunya maksiat.

      Bermula umur 7 tahun, anak-anak haruslah diajarkan dan diperintahkan untuk menunaikan solat. Sekiranya pada usia 10 tahun anak-anak masih meninggalkan solat, ibu bapa haruslah menghukum dengan memukul anak-anak sekadar tujuan mendidik sahaja dan bukannya dengan tujuan menyiksa.


c) Umur Anak 15-21 Tahun

             Umumnya, fasa ini merupakan fasa yang paling mencabar bagi ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja pada usia ini sering memberontak dan masih dalam keadaan mencari identiti diri. Pada tahap ini, ibu bapa perlu lebih aktif dalam mengetahui keadaan anak-anak mereka misalnya sentiasa berbual dengan mereka tentang keadaan pelajaran mereka, bertanyakan tentang masalah peribadi mereka dan sebagainya. 

            Pada fasa ini juga, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi pendengar setia kepada anak-anak. Sekiranya ibu bapa bersikap acuh tak acuh dalam mengambil tahu keadaan anak-anak, dibimbangi mereka pergi mencari kawan untuk mencurahkan isi hati mereka. Lebih membimbangkan jika sekiranya mereka tersalah memilih kawan yang bermasalah. Ini boleh menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.


d) Umur Anak 21 Tahun dan Ke Atas          

             Pada usia ini, anak-anak adalah lebih matang dalam kehidupan mereka. Maka, ibu bapa boleh mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh kepercayaan dan kebebasan kepada anak-anak. Pada peringkat ini, ibu bapa hanya lebih berperanan sebagai penasihat kepada anak-anak. 



Demikianlah langkah-langkah yang disarankan oleh Islam dalam mendidik anak-anak. Mudah-mudahan dengan mengamalkan langkah-langkah di atas, lebih banyak generasi yang soleh dan solehah dapat diwujudkan pada masa akan datang.      










Himpunan Doa Bagi Anak-anak dan Keluarga

Himpunan Doa bagi Anak-anak dan Keluarga

      Doa merupakan salah satu usaha kita dalam menempuh apa jua keadaan, sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW:

"Berdoalah kepada Alllah SWT dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah SWT tidak akan memperkenankan doa dari hati orang yang lalai dan lengah."

                                                                          (Hadis Riwayat Abi Hurairah)


            Doa merupakan suatu usaha meminta pertolongan kepada Allah tentang sesuatu, di mana manusia tidak akan mampu mengerjakannya tanpa bantuan Allah. Ini kerana usaha bukanlah suatu jaminan untuk mencapai sesuatu perkara. Hanya Allah yang berhak untuk memberikan sesuatu rezeki kepada makhluk-makhluknya.



Doa-doa untuk Anak-anak dan Ahli Keluarga


















Doa-doa dalam Mendidik Anak-anak

Berikut adalah antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak mereka:


1. Doa agar anak patuh kepada Allah






2. Doa agar anak diberi anak yang baik





3. Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati





4. Doa agar anak tetap mengerjakan solat





Zuriat Dalam Keluarga

Zuriat Dalam Keluarga





           Zuriat atau anak merupakan salah satu tujuan perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita. Hal ini demikian kerana anak merupakan pelengkap bagi sesebuah keluarga. Malahan anak juga merupakan penyambung salasilah  keturunan bagi sesebuah keluarga.

         Sudah semestinya setiap orang tua menginginkan agar zuriat yang dilahirkan itu mempunyai erti dalam kehidupannya; mempunyai kesenangan dari segi harta dan moral, dan mampu menyumbangkan bakti kepada agama, bangsa dan negara.

              Bagi ibu bapa yang memahami ajaran Islam, mereka akan memahami makna akan kehadiran anak dalam keluarga mereka. Berikut merupakan erti anak bagi kedua orang tua (ibu bapa):




1. Rahmat Allah SWT

         Anak yang diberikan Allah kepada seseorang itu merupakan rahmat yang paling besar nilainya. Hal ini demikian kerana anaklah yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan suami isteri dunia dan akhirat.

       Kehadiran anak dalam keluarga adalah rahmat yang perlu kita syukuri. Kita dapat membayangkan betapa sedihnya dalam sebuah keluarga jika tidak dikurniakan anak kepada mereka. Pasangan suami isteri tersebut akan berasa kesunyian dan sentiasa berharap akan kehadiran zuriat dalam kehidupan mereka.

           Sebagai contoh, Allah telah menceritakan kisah Nabi Ayub A.S. yang menderita dan kesunyian kerana menanggung sakit, di samping seluruh anak-anaknya meninggal dunia disebabkan perbuatan khianat Iblis. Berdasarkan contoh ini, kita dapat lihat bahawa anak-anak merupakan tonggak kekuatan kepada ibu atau bapa. Tanpa kehadiran anak-anak, suami atau isteri seolah-olah hilang kekuatan dalam diri mereka.



2. Amanah Allah SWT

           Manusia haruslah bersyukur dengan kurniaan Allah kepada mereka. Sesungguhnya, pasangan suami isteri yang dikurniakan zuriat merupakan insan yang terpilih. Cuba kita renungkan, dalam sebanyak- banyak manusia di atas muka bumi ini, mengapa Allah memilih kita untuk dikurniakan zuriat? Maka, ini bermakna Allah mengetahui akan kemampuan kita untuk menjaga amanah Allah ini dan kita harus membuktikan bahawa kita layak memegang amanah ini.



3. Penguji Keimanan

            Apabila seseorang telah menyatakan beriman, maka ia akan diuji oleh Allah SWT. Ujian Allah ini boleh datang dalam pelbagai bentuk dan anak merupakan salah satu bentuk ujian untuk menentukan sama ada kita ini layak atau tidak untuk menerima syurga Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Anfal yang bermaksud:

             "Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar".

             Jika kita telah memahami bahawa anak itu merupakan salah satu penguji keimanan manusia, sudah pasti kita akan mempersiapkan diri mereka untuk menuju ke jalan yang diredai Allah. Sebenarnya, ujian Allah ini adalah amat berat tetapi masih terdapat individu yang tidak mengambil peduli tentang perkembangan anak sahsiah mereka sama ada dari segi akhlak dan sebagainya.



4.Bekal di Akhirat

         Hidup manusia ini tidak berakhir sekadar di dunia sahaja. Sesungguhnya kita akan menempuh sebuah alam yang kekal abadi iaitu alam akhirat. Di alam akhirat, manusia yang tergolong dalam kelompok yang taat kepada Allah akan dikurniakan syurga buat mereka dan sebaliknya. 

           Untuk memperoleh syurga ini, manusia haruslah berusaha melakukan amal kebaikan sebanyak mungkin ketika masih hidup di dunia. Anak-anak merupakan salah satu wadah yang dapat menyebabkan ibu bapa masuk ke dalam syurga.

Sabda Rasulullah SAW:

            "Apabila telah meninggal dunia anak Adam maka putuslah amalannya, kecuali dari tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya."

                                                                                          (Hadis Riwayat Muslim)

              Berdasarkan hadis ini, jelaslah bahawa anak-anak terutamanya yang soeh akan menjadi asbab kebaikan kepada ibu bapa di akhirat nanti.



5.Sumber Kebahagiaan

           Setiap manusia di dunia ini sudah pastinya menginginkan kebahagiaan. Sebenarnya, anak juga menjadi salah satu sumber yang mampu memberi kebahagiaan kepada manusia. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

            "Anak itu adalah buah hati dan sesungguhnya dia harum-haruman dalam syurga"
     
                                                                                          (Hadis Riwayat Tarmizi)

             Orang-orang yang beriman sentiasa mengharapkan kepada Allah agar dikurniakan anak-anak yang baik, serta seluruh ahli keluarga yang mendapat keredaan-Nya. Ini kerana keluarga yang bahagia itu akan menjadikan kehidupan mereka tenteram lebih-lebih lagi ketika bergaul dan beramah mesra sesama mereka.



6. Tempat Bergantung di Hari Tua

               Setiap manusia sudah pasti akan menempuh fasa kehidupan yang berusia. Ketika itu, kudrat dan kemampuan kita sudah pastinya akan semakin berkurangan. Ketika mencapai usia ini, seseorang itu amat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anaknya. Di saat inilah  seorang anak itu harus menunjukkan usaha dan bakti mereka bagi menjaga kedua ibu bapanya sebaik mungkin.

          Sesungguhnya, Islam amat mencela terhadap anak yang derhaka terhadap kedua orang tuanya serta tidak memberi kasih sayang terhadap mereka. Derhaka terhadap orang tua merupakan dosa besar dan akan dilaknat oleh Allah SWT.

    


Ahad, 5 April 2020

Peranan Bersama Suami dan Isteri dalam Rumah Tangga

Apakah tanggungjawab bersama yang perlu dilakukan dalam sesebuah perkahwinan menurut Islam?

Dalam artikel ini, saya akan membantu anda mengetahui dan memahami apakah tanggungjawab-tanggungjawab wajib yang harus dipikul oleh suami dan isteri. Video Interaktif di bawah ini menjelaskan kepada anda tentan peranan isteri dalam institusi kekeluargaan.

Peranan Isteri dalam Rumah Tangga

Apakah tanggungjawab isteri dalam sesebuah perkahwinan menurut Islam?

Dalam artikel ini, saya akan membantu anda mengetahui dan memahami apakah tanggungjawab-tanggungjawab wajib yang harus dipikul oleh suami dan isteri. Video Interaktif di bawah ini menjelaskan kepada anda tentan peranan isteri dalam institusi kekeluargaan.


Peranan Suami dalam Rumah Tangga


Apakah tanggungjawab suami dalam sesebuah perkahwinan menurut Islam?



Dalam artikel ini, saya akan membantu anda mengetahui dan memahami apakah tanggungjawab-tanggungjawab wajib yang harus dipikul oleh suami dan isteri. Video Interaktif di bawah ini menjelaskan kepada anda tentan peranan suami dalam institusi kekeluargaan.


Menuju Keluarga Sakinah


















Konsep Membentuk Keluarga Muslim (Keluarga Sakinah)


Keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan, keimanan dan ketaqwaan kapada Allah SWT. Mereka juga mengamalkan cara hidup berpandukan al-Quran dan hadis dalam setiap aspek kehidupan.

1.    Menjadi fitrah semula jadi manusia untuk hidup berkeluarga.
2.    Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari sebuah perkahwinan.
3.    Setiap manusia hendaklah berusaha mencari pasangan hidup yang sesuai dan beragama bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.
4.    Oleh itu, dalam mencari pasangan hidup yang paling utama adalah mengikut panduan yang dianjurkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah SAW,
“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Kesan Kerukunan Rumah Tangga Terhadap Pembangunan Umat

Kekuatan Masyarakat terutamanya masyarakat Islam begantung sepenuhnya kepada institusi kekeluargaan. Sekiranya institusi kekeluargaan umat islam tidak utuh, maka pembangunan umat yang sempurna dari aspek lahiriah dan rohaniah tidak dapat dicapai. oleh itu, Video Interaktif di bawah ini memperjelaskan tentang kesan institusi sesebuah keluarga dalam pembangunan umat Islam.


Kesan Pengabaian Tanggungjawab kepada Keluarga

Kesan buruk sudah semestinya dialami oleh setiap institusi keluarga kerana tanggungjawab yang diamanahkan telah terabai dan tidak dijalankan dengan sepenuh hati. Video Interaktif di bawah ini menunjukkan beberapa kesan yang akan diterima oleh ahli keluarga.

Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-undang Islam

Di Malaysia, terdapat sistem perkahwinan yang digubal secara teratur dibawah undang-undang yang khusus dan wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam. Undang-undang tersebut dinamakan Undang-Undang Keluarga Islam. Perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang tersebut, boleh memberi implikasi buruk seperti video interaktif di bawah ini.

Hukum Perkahwinan dalam Islam

Secara umumnya, hukum perkahwinan dalam Islam adalah sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW. Para ilmuan telah menetapkan hukum perkahwinan berubah-ubah mengikut keadaan individu. 

Video Interaktif di bawah ini dapat membantu anda untuk memahami hukum perkahwinan dalam Islam secara jelas dan terperinci.

Isu dan Masalah yang Menjadi Punca Perpecahan Keluarga

Hai Assalamualaikum dan Salm Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami!

Kami ingin mempersembahkan kepada anda semua antara
3 Isu yang menjadi punca perpecahan sebuah keluarga yang dibina.

Semestinya semua keluarga tidak mahu untuk berpecah belah antara satu sama lain. Sebaiknya mereka ingin ada sentiasa di saat susah dan senang. Maka, video ini merupakan pendedahan awal kepada semua keluarga di luar sana untuk saling menjaga hubugan serta peranan antara sesama keluarga supaya perpecahan ini tidak berlaku.

Selamat Menonton!!!


Tanggungjawab Seorang Isteri Menurut Islam

Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia. Di bawah ini saya sertakan beberapa lampiran sebagai rujukan untuk anda mengetahui tanggungjawab yang disarankan dan perlu diutamakan oleh isteri menurut sistem kekeluargaan dalam Islam.










Tanggungjawab Seorang Suami Menurut Islam

Walaupun banyak sebenarnya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang suami, Namun menurut Islam, beberapa tanggungjawab asas yang perlu dilakukan setelah melakukan akad nikah dengan seorang isteri. Di bawah ini saya sertakan beberapa lampiran sebagai rujukan untuk anda mengetahui tanggungjawab yang disarankan dan perlu diutamakan oleh suami menurut sistem kekeluargaan dalam Islam.








Tujuan Perkahwinan dalam Islam

Hai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Halaman blog kali ini, kami mempersembahkan kepada anda semua antara Tujuan Perkahwinan dalam Islam.

Kami bangkitkan tajuk ini kerana ingin mendedahkan kepada anda semua bahawa perkahwinan ini ada tujuan utamanya. Anda semua akan mengetahu lebih mendalam tentang perkahwinan islam ini setelah anda membaca lampiran di bawah.

Moga bermanfaat!








Pendidikan Anak-anak Menurut Islam

Pendidikan Anak-anak Menurut Islam        Anak-anak merupakan insan yang mulia. Mereka merupakan insan yang lahir tanpa dosa, s...